Assalamualaikum
Nampak sgt banyak nauu free time aku sampai macam seminggu sekali ada post baru. Sebenarnya banyak idea nak dicurahkan. Kalau dipendam terus hilang. Macam sekaranglah. Semalam ada idea, bila ditunda ke hari ini, teghussss hilang ide ide itu.
Sekarang nak cerita perihal rejeki. Semua orang sedia maklum rezeki tu datangnya dari Allah swt. Makanya, jika ditarik pula rezeki tu semula, mungkin ada pula perkara yg tak patut yg kita dah lakukan.. ingat, percaturan Allah swt utk kita tak pernah salah, yg salahnya manusia yg dianugerahkan akal dan fikiran tentang bagaimana kita nak gunakan rezeki yg dianugerahkan...
Bersyukur
Pernah tak bila sesuatu perkara terjadi tu kita bersyukur. ALHAMDULILLAH ATAS KURNIAAN REZEKI, moga tidak leka dalam perjalanan ini.tetibaaa selit lagu sepam dua. Tapi ada betulnya kan? Supaya tak terleka, ingatlah rezeki tu dtg dari Allah. Sentiasa beringat dan bersyukur...
Pernahlah ada satu kejadian.. si A bercinta dgn si B, dalam masa tu si A baru buka bisnes. Biasalah tgh baru nak up, cinggey, duit semua kepuk2. So bila dah dapat duit lebih sikit, si A tinggalkan si B sebab dah ada si C dan bisnes yg letup2... tapi benda tu sekejap je... si A punya bisnes lingkup, si C tinggalkn si A.. tiba2 si A terhegeh2 nak balik kat si B.. tapi sayang, si B dah bahagia. Hahaha aku tumpang gelak sebab manusia yg tak reti bersyukur. Tetiba terus ingat quote "Perempuan diuji bila lelaki tidak punya apa2, lelaki diuji bila dia ada segalanya"
Riak
Pernah tak jadi kat diri sendiri? Tak tahukan...kadang kita nie tak perasan yg diri sendiri ada perangai bangga diri, berlagak... contohnyalah, dapat rezeki beli kereta mewah2, mungkin duit tu hasil dari pekerjaan sendiri bersusah payah kumpul pe semua, tapi tahap show off tu sangat2lah dahsyat sampai menghina orang lain... tuptup dahh kena tarik balik rezeki tu, mungkin kereta tu selalu rosak ke, atau contoh lain yg sangat dekat, kahwin. Dulu sebelum kahwin jenis org yg cover habis dari segala segi, sekarang lepas kahwin, tak habis mention bestnya kahwin bestnya dapat baby, cepat2lah kahwin boleh dapat anak cepat2, suami aku penyayang blablabla... tuptup kawan berasa hati.. yelah si kawan tu ada yg belum kahwin, ada pula yg dah kahwin tp belum sampai rezeki anak, ada pula suami yg distance and so on... kat sini, kita bukan nak dengki or condemn org yg share segala keseronokan yg dia ada..tak... cuma nak ingatkan, privacy hidup jangan terlalu dipamerkan dekat dunia luar..ada jenis yg susu berapa banyak pon nak share.. acane? Org perempuan kan kena ada rasa malu..
What I mean by privacy is bukanlah ayat sahaja..gambar pun... teringat satu blog yg cakap gambar2 suami isteri yg tak patut di upload kat fb, ig and so on. Tapi gambar tu berpeluk, duduk atas riba, yum kit pipi.. macamtu.means, tu should be keep between husband and wife sahaja. Memanglah harusnya gambar mesra husband and wife yg terlalu mesra tak elok dipamerkan kat laman sosial.. ye paham, pasangan kita sweet, berharga... so barang berharga elok disimpan rapi... insyaAllah.. kadang2, pemikiran manusia dan ayat manusia yg buat keadaan nampak even worsen..see, cuma pemikiran manusia berbeza..sorang kate ok sorang lagi kata, malu nak tgk. Mcmtulah...
Perbandingan
Ini pula jenis yg tak best..dah kau ada sesuatu yg org takde, tak payahlah nak bandingkan...tentu2 orang takde benda yg kau ada... relax sudahlah.. contoh org yg buat perbandingan dari segi kelulusan, kepandaian.. dah rezeki orang tu belajar takat tu je, siapa kita nak persoalkan? Ada pula ibu bapa yg bandingkan anak sendiri dgn anak orang lain.. jangan jadi macam anak si A tu..belajar tak kemana, nanti nak kerja apalah... oh tak tahu pulak kalau belajar takat mana yg mampu tu memang result dia terus tak bekerja? Janganlah jadi seorang yg tahu menghukum je.. tu bukan tugas kita...
Apa pun yg kita ada, itu semua bukanlah sebab untuk kita menunjuk.. Bersederhanalah dalam apa sahaja yg kita lakukan sebab kita bukan peramal masa depan yg tahu baik buruk sesetengah perkara tu. Muhasabah diri...
Member ada buat satu moment baru nie and saya agak tertarik dgn isu tu...
No comments:
Post a Comment