Assalamualaikum.
Well bagi mereka yg dah bernikah/berkahwin mesti dah tahu apa peranan masing2 suami isteri dalam rumahtangga. bagi yg berkahwin, sesungguhnya pernikahan itu bukanlah satu tiket untuk bebas.
Bebas apa? Rasa terkongkong ke dah kahwin?
Tidak. Bukan itu bebas yg saya maksudkan.
Maksudnya adalah dari segi tanggungjawab terhadap agama. Ye memang dah bernikah so dh bebas nak buat apa saja dgn pasangan. Ye memang. Tapi pernah tak terfikir, bagi lelaki, saat ayat yg dilafazkan "aku terima nikah" tu bermaksud kalian terima SEMUA cela baik buruk pasangan kalian berserta bersedia nak tanggung dosa2 si isteri nanti? Bersediakah anda? Tepuk dada tanya iman.
Ada satu cerita yg saya pernah baca, perempuan ada hak untuk memilih imamnya, yg mampu mendidik dan membimbingnya untuk menjadi seorang isteri yg baik, patuh dan taat pada agama serta suami. Manakala lelaki, kenapa perlu korang terlalu memilih sedangkan perihal agama entah ke mana. Cuma tahu bergaya dgn rupa dan harta yg ada je.
JUDGEMENTAL ENOUGH?
LEKLU, BACA DULU.
Manusia nie boleh berubah. Janganlah kau fikir sekarang dia negatif, memang akan negatif sampai ke mati. Mana pergi akidah engkau ni?haha.
Pernah dengar the power of Du'a (Doa)?
The power of Solah (solat)?
Tediaaaaa.... kita sebagai orang islam, janganlah berhenti berdoa setiap kali kita solat,sebelum tidur atau bila2 waktu sahaja. Kalau kita nak pasangan kita berubah, x kiralah lelaki atau perempuan ... mungkin dengan bercakap tak masuk dek akal, xkan nak bagi sepak penerajang pulak kan? Atau mungkin cara percakapan kita salah ke kan. Doa lah. Doa yg baik2. Sayangkan? Ye paham memanglah kadang2 ada rasa sakit hati. Tapi jadikanlah perasaan sayang tu sebagai motif utama untuk kita berdoa dan terus mendidik pasangan kita.
Sama2 boleh terus mendidik diri masing2. Mungkin yg perempuan kurang bab ini, yg lelaki boleh ajarkan. Begitu jugalah seterusnya. Perkahwinan nie untuk melengkapkan each other. Saling melengkapi. Kekurangan awak kelebihan saya, kelebihan awak kekurangan saya. Pernah fikir tak? Ke fikir kahwin bestttt seronoookkk.. padia? Ye memang best seronok suka tapi kita kena ingat bukanlah namanya perkahwinan kalau tiada ups and down nya. Kadang perkara kecil tu pun boleh tiba2 terasa. Masa bercinta dulu takde pula se sensitif nie kan? Ikhlaskanlah hati nak pujuk, pupuk kasih sayang nak didik pasangan.
Jangan GIVE UP dalam menjadi pendidik. Kalau give up dah cane nak didik orang. Manusia yg hari2 kau jumpa, tidur sebantal, sekatil kadang2 tido beralaskan lengan. Pastu tetiba kau dah give up nak didik. Yg di didik tu pon kena motivate diri. Sampai bila nak biar syaitonnirrojim menguasai diri? *gulp, telan air liur*
Jadi kat sini, perkahwinan tu bukanlah satu langkah untuk bebas.ianya adalah tanggungjawab besar untuk kita. Saling melengkapi kekurangan dan kelebihan diri masing2.
Walaupun baruuuuu sangat aku bernikah/berkahwin tapi aku tahu. Sebab sekeliling aku ramai yg dah berumahtangga. Ada otak, boleh fikirkan. Kau mahukan perkahwinan indah belaka? Pergi jadi pelakon drama petang2. Kat situ boleh pilih watak. Jadi, kita kena sentiasa cuba usaha untuk kukuhkan mahligai yg dibina tanpa dirosakkan oleh syaitan. So jelaslah kat sini sesiapa yg suka merosakkan perkahwinan orang nie adalah sedikit perangai syaitonnirrojim...
Solat tiang agama. Takkan nak jadi Islam berdasarkan IC je? Sekian dari saya.
Yg benar,
Gadis misteri (gadis ke?)
No comments:
Post a Comment