Nak gi honeymoon ni dah di booked about 7 months earlier from the exact date. awal bukan? hahaha. Kakcik aku yg tolong booking kan segala macam~ booking di AirAsiaGo siap put remarks "honeymoon trip" sekali. So tunggu nak pergi jelah. Lepas je settle kenduri sebelah pihak lelaki, ahad tu terus kitorang gerak balik KL.. Isnin baru pergi buat passport and so on. Kan passport sekarang buat sejam je, taraaaa siap! dapatlah sorang satu passport valid till 5 years which is on tahun 2020.. Harga passport RM200 = 5 tahun. Lumayan~ Teringat pulak abang kastam "baru kahwin ye? mesti nak pergi honeymoon" Sebab tengok inai dijari yg masih berwarna. hiks. Kang kalau tak kahwin gi bercuti sakan sesama jadi apa pulak abang. haha.
Hari Kejadian 1/9/2015
Tiba beberapa jam awal di KLIA 2. Yelah kita baru pestaim nak travel berdua tanpa ada tourist guide. Memang main redah jelah nie. Hanya hotel + flight pergi balik je di booking awal. Kira macam LU GUA BRO. Kita redah sesama. hahaha. Sampai je memang terus cari machine untuk check in via code yg dah diberi oleh Air Asia. So dah check in, terus pergi document checking counter. Settle semua tu, barulah nak cari breakfast... Tanya information counter, dia kata kitorang sampai awal, tapi at the same time dia kata nak berjalan ke gate kitorang tu ambil masa dalam 40 minit. So kitorang decide untuk makan kat dalam je yg berdekatan dgn gate. So makanlah apa yg ada~ Jalan jalan takdelah sampai 40 minit. mungkin semut yg dianggap berjalan 40 minit tu.. *ketawa kecil* Flight pun delay jugak dalam setengah jam ke camne tah lupa. Takpe, semangat masih berkobar.
So sesampainya kami di Denpasar Airport tu, dalam jam berapa tak ingat tapi perjalanan kami take about 2hours++ . Ok sambung. Sampai je dekat airport, mata gigihlah cari mana supir kami. Jenuh kecil2kan mata sedia kecil nie tengok kot supir ada pegang nama kitorang. Lama gak sepanjang jalan tengok TAK ADA. So kitorang nie ke hulu ke hilir mencari supir yg pegang nama kami. Sampai keluar masuk bangunan. Even dah suruh kaunter informasi nya buat annoucement masih takde supir yg sampai. Yang ada cuma supir2 orang lain and driver taxi yg asyik ikut2 tanya "sudah ada kenderaan? kita boleh bagi murah2. Di mana penginapan?" Aku dengan perasaan cuak bercampur serabut terus fasih berbahasa Indonesia.. "Nggak, sudah ada supirnya. Masih menunggu supir kami" Gittew. Akak konfiden level memang tinggi dik bila cakap bahasa luar nie. *flip table* Tapi cam biasa, dorang keep on asking and ikot je ke mana kita pergi. Tak lama lepas tu, ada yg offer utk call supir kami, at first mmg takut. Aku jelah yg takut. kot kot lah dia nak belasah supir tu. hahaha. Nampak tak imaginasi aku masa tu. Kemain melayang. Yelah kot dia nak sailang supir yg dah di order. then dah call, Ok dapat. Tapi supirnya ada sekitar airport, tengah mencari kami berdua. Mundar-mandir gak cari supir. Setelah jumpa dengan supir, namanya Wawan, terus kami berangkat pergi ke tempat makan... Dalam van supir berceritalah pasal tempat and agama di Bali. Supir kite tak kerek pun. Tapi dia muka kerek. hihi. Wawan cakap, agama Hindu meliputi 80% kawasan Bali. 10% Islam dan lagi 10% Lain-lain agama.. So jangan terkejut bila nampak muka cam melayu indonesia tapi ada tanda nandek tu. (betul ke tak eja, pegey!)
TADAAAA~ Inilah bilik kami hasil dari nota oleh kakak ku "honeymoon trip" takut gak dorang tak baca remark tu.. Sekali dorang alert.. And to let you know, memang villa kitorang duduk tu agak private dan cantik. Rasa sangat macam mood bercinta bila duduk sana. kihkih.
So here we are. Sari Villa Sanur Beach click link to go straight to the website. Gambar nie wawan yg ambilkan. So senget ke apa, lantak pegey. Weols redha~
Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, just FYI aku tak berapa ingat nama tempat yg kitorang pergi. So enjoy the following picture~ Later aku bagitahu overall bajet.
Ini first destination kami. Rasanya nie dekat area Nusa Dua
Ini rasanya kat Uluwatu
Masa nie laki iols panggil duduk sebelah nak ambil gambar, dengan perasaan takut serta gayat, tabahkan hati duduk sebelah. Tapi muka tu macam tu sebab baru lepas tengok bawah. Self timer, maka terjadilah muka separa cuak.
Bagi chance nak acah sikit letak peace atas kepala *krik krik krik*
So kitorang pergi dekat Water Blow. Kalau kat water blow nie bila nak bergambar, haruslah kena tunggu water dia blow. Barulah cantik. Tapi.....
Our first trial nak tunggu water tu blow, guna self timer dgn harapan masa countdown tu , SNAP terus dapat. Ini TIDAK.... Setelah beberapa cubaan, barulah dapat hasilnya seperti gambar di bawah
See. Nampaklah juga water blow nya walau sikit.. Muka memang akan jadi over excited sebab menunggu air tu keluar, ZASS!
Gambar ni di Pantai Pandawa (Pandawa Beach). Haruslah honeymoon ada pantai2 gittew. Nak juga merasa view pantai selain kat Malaysia. Bagi chance lah~ Topi tu memang last minute beli sebab menggedik terpanas pulak. Takut kulit iols burn. Hiks.
Gambar nie diambil di Rice Terrace.. Yes the view is quite nice. Sejuk je mata tengok kehijauan semua tu. TAPI aku dengan gigih pakai dress nak mendaki semua tu dengan seliparnya segala, memang penatlah. Salah langkah boleh jatuh terjunam. Nak jalan kena hati2. I suggest to wear sport shoe or sneakers. Tak kisahlah. asalkan yg tak keperempuanan sangat and sesuai utk aktiviti lasak.. But again, the view is nice~ muah ciked
Dalam banyak2 tempat kat Bali, aku TAK suggestkan untuk pergi ke Zoo Bali.. Sebab entrance nya super mahal. Tu baru entrance, Nak naik gajah pun dah sampai sejuta.. So terasa diri yg kerdil ini makin kerdil tengok angka begitu. Pergi dalam Malaysia jelah kalau nak sangat merasa.. maka bersedihlah tak dapat naik gajah. Dah masuk dalam zoo, haiwan semua macam mengantuk. Pun rasa macam membazir sangat. kalau tak, dengan hasil duit tulah macam2 lagi kitorang boleh buat.. lesson learned. :(
View belakang tu adalah Gunung Berapi.. Kat atas nie memang sejuk, and view boek. TAPI makanan dia tak superb. makanan adalah buffet so boleh tambah banyak kali dengan jumlah lebih kurang IDR150ribu untuk seorang..
Tudia Wawan the Supir... Ajak bergambar, jawapan dia "sudah banyak gambar saya ada" rupanya dia melawak.. Haruslah dorang jdi orang terpenting. Gambar supir mesti ada. Thats why jawapan dia lebih kurang... Tapi takpe, Wawan ikut je kerenah kami berdua. Walaupun jalan jem, dia tetap mencelah. Seriously memang banyak gila motor atas jalanraya all the way from anywhere lah.
Gambar ada banyak lagi, tapi cukuplah takat nie je. Yg lain simpan je. hehe
So, membebel sudah, bergambar sudah, ayuh cakap pasal bajet:
~Flight(pergi balik)+Hotel = RM1k+ (using my BIL mastercard ofcourse. Booked by my sister di Airasiago) TAPI BUKAN DI SPONSOR YA.. Sebab kita BBNU so takde kad sendiri. hikhik
~Supir/Driver = RM350.00 dari 1/9/15 sampai 4/9/15 (dorang tak kisah dibayar dalam Ringgit and paling best dorang tak kisah kalau kita tak follow itenarary. Maybe setengah supir je kot yg camni. So saya sertakan nmbr supir +6285238100135 ABDUL)
~Makan+Minum = Ok bab nie tak dan nak kira2 tapi tak mahal sangat. yg penting HALAL. Kalau boleh ambil supir yg Islam. Senang nak bawa kita gi makan tempat halal kat mana, masjid semua dia taw kat mana. I think makan bolehlah sertakan bajet dalam IDR100-200. Tak mahal sangatlah.. IF IM NOT MISTAKEN.
~Cenderahati/Cenderamata/Ole-ole/Gift = Bolehlah korang sediakan bajet IDR200++ kalau nak beli banyak kan. Tapi mestilah less than 1 juta rupiah kan.. Aku memanglah tidak beli banyak ole ole sebab duit melayang dekat Zoo Bali. Rasa terkilan, terkesan, terkedu and so on. Menyesal.......... heh.
Duit yang aku tukar kat Malaysia mula2 dalam RM280.00 then RM300.00 aku tukar kat tempat yg berasingan. Tapi dapat dalam almost 2juta rupiah boleh dapat. Tu dah dikira OKAY bagi aku. Sampai je kat Bali, aku suggest gi tukar kat airport sana. Nilai dia agak bagus kalau nak di compare tukar di Malaysia,KL. seriously. Then sampai area Sanur baru kitorang tukar duit lagi dalam dua kali.. Total tukar duit dalam almost RM1,000.00 include in Malaysia+Bali. So dapatlah around 3juta rupiah.
Sekian dari saya.
"Lebih atau kurang, tetap orang akan mengata. Makanya, love what you do, be you and mind your own business"
No comments:
Post a Comment