Assalamualaikum
Disamping meroyan di wechat, akak juga meluangkan masa untuk tidak terus meroyan di blog. Kalau ada twitter dulu, mesti twitter je jadi mangsa untuk taip segala kemarahan ittew. Nanti bila baca semula saat dah cool down, mesti rasa macam diri nie LOSER sangat duk lepas kemarahan,emosi,kesedihan kat laman sesawang sosial. Yelah dah macam attention seeker. Kalau advice xpe.
Makanya untuk tidak melengahkan lagi masa, mari sini rapat sikit akak nak cerita PERANGAI YANG TIDAK HARUS KITA LAKUKAN SELEPAS DAH BERKAHWIN.. Oohh engkauuu, bila dah selesai majlis, dah selamat apa semua timbul pula perangai ala2 supporter. Tak faham lagi? Ok mari akak nak kupas isu ini.
p/s : Ini bukan cerita hal luar dalam suami isteri. Tapi ini cerita perangai yg tak patut kita lakukan kat orang lain.
Ok, cuba kita buat perbedaan saat kita masih lagi perawan/single. Sebelum berkahwin lah.. Tengok orang lain menikah kita pun kadang2 ada perasaan macam tu. Tapi bila soalan bocor di hari raya tu ditanya kat kita mesti kita macam hidup segan mati tak mahu nak menjawab soalan gitu. Soalan2 yang bocor adalah seperti dibawah:-
1) DAH ADA CALON KE?
2) BILA NAK KAHWIN?
3) EH DAH KAHWIN..BILA NAK ADA BABY?
4) TAKNAK TAMBAH BABY KE?
Dan seterusnya korang fikirlah apa soalan bocor yang selalu orang tanya..
Tapi nak dijadikan cerita bila ada kawan2 yg jenis kahwin awal,dah seronok dh lepas segala azab dugaan masa bercinta/bertunang, dan2 suruh kawan lain yg belum berkahwin tu kahwin jugak cepat2. Alahai kesom, lek lu. Jodoh org ni bukan kt tangan kita taw awak. Walaupun dorang dah bertahun2 bercinta, tp manalah taw ada perancangan cumanya ada sedikit halangan. Janganlah kau dh settle,sibuk suruh kawan settle gak
Kot lah kawan tu ada masalah kewangan ke, nak tunggu habis study ke, nak tunggu misi dia tercapai ke, nak berbakti dekat parents dulu ke. Apa pun reason dorang, ada hikmah disebaliknya. Allah swt akan berikan apa yg kita minta masa tu sebab Dia tahu yg kita mampu/bersedia utk hadap. Paham? Jadi kita yg dah berkahwin jgnlah buat promosi... "kawinlah awal..seronok" tu ayat aku pernah dapat... tapi aku ni xdela nak dikategorikan kahwin awal. Mmg dah macam umur aku, ok sesuai utk berkahwin. Lagipun, umur tu target saya. And Alhamdulillah Allah permudahkan.
Apa yg best kahwin awal? Oh ya. Salah satu sebabnya utk mengelak maksiat. Ye tahu. Nk mengelak maksiat ni satu je. Xyah bercinta. Kan? Tp lumrah manusia ingin menyayangi dan disayangi. (Ayat bebunga cinta) tapi, tidak pulalah boleh utk menghalalkan yg haram. Tak paham? Akak mmg suka bg ayat deep deep. Kau kajilah sendiri. Sebab akak xleh nak cerita yizlumik (islamik) sgt... hakak pon suam2 kuku je dik! *ketawa kecil*
Jadi, bagi yg dah berkahwin, jaga mulut kita. Kita tak tahu kadang2 dgn mulut nie atau ayat2 g keluar nie lah disalah erti. Niat kita nk share tp org anggap nak berlagak. Jangan pulalah kita suatu ketika dahulu cakap lain, sekarang dah berkahwin, cakap lain pulak. Nie semua pesanan utk diri sendiri. Sebab kawan2 saya ada juga yg belom bernikah. Xkan lah saya gila nak suruh dorang cepat2lah kawin..seronok..~ lainlah kalau saya yg support majlis awak2 100% kan? Hahaha
Jaga mulut, jaga ayat, jaga diri, jaga hati. Yg penting, jaga tepi kain sendiri. Duk sibuk tgk kain orang, kain sendiri terlucut.
Semoga kita sentiasa berbahagia di samping orang2 yg disayangi dan terus menjaga tutur kata~
No comments:
Post a Comment