Pernah tak kau tanya diri sendiri, dengan siapa kau akan menghalalkan hubungan? Menyerahkan separuh dari kehidupan kau untuk dia? Untuk menatap muka dia masa sama2 tua nanti? Tempuh dugaan sama2 tanpa ada rasa give up? Pernah? Aku pernah. Masa akad nikah. Masa tu aku fikir macam2. Persoalan semua bermula dengan ayat "betul ke?" Betul atau tak, Semoga Allah memberkati hubungan kami sebagai suami & isteri yg sah dan melimpahkan kebahagiaan serta rezeki. Amiinn. :)
Whaaaa....~~~ dengan perasaan tak percaya, dengan lafaz satu kali, aku sah bergelar isteri kepada suami. Alhamdulillah. Selama nie tengok kakak, sedara mara, kawan je nikah, sekali datang time sendiri, baru tahu apa perasaan sebenar. Aku nie jenis yg cepat sebak. #mudahrapuh #hatifragile kaedahnya. So bila aku tengok orang lain nikah, aku yg over sebak. Nak2 kalau orang yg rapat dengan aku. Undanglah aku di majlis hari pernikahan korang kalau perlukan airmata lebihan.. haha. TAPI, masa majlis sendiri takde pulak aku rasa sebak. aku tak fokus gamaknya sebab banyak persoalan yg berada di minda~ hahaha. my bad~
Betapa bersyukurnya aku bila semua nie dah selesai. Tak payah dah fikir celah mana nak cari duit segala bagai. Mungkin untuk orang yg banyak wang benda camni takde masalah. Tapi bukan hal aku, bukan hal aku itu bukan hal aku. Tetiba. Macam aku, aku tahu camne payahnya nak cari duit. Aku selalu risaukan benda2 kecil. Even Ex tunang (nak gak guna ayat camtu) merupakan husband aku skrg nie kurang duit pun aku risau. Padahal dia tenang je. Siap pesan kat aku suruh relax. Biasalah aku rasa org perempuan memang yg bahagian risau punya~ Sebab aku boros. Gittew. Tapi percayalah pada rezeki Allah. Dan percayalah bahawa bila kita nak lakukan benda yg baik, Allah akan permudahkan.. InsyaAllah.. :)
TERIMA KASIH UNTUK KELUARGA SENDIRI yg membebel tak henti bagi menjayakan majlis pernikahan & kenduri pihak perempuan. tuk temen temen tersayang, Eiwa, Eqin, Fey, Iela, Nany, Sepet (nama ikot turutan alphabet supaya takde yg terasa tak disayangi. feeling habis!) These are the people I see through my hectic time. Seriously I am THANKFUL enough to have them in my life. ALHAMDULILLAH SYUKUR.
Tu bahagian TERIMA KASIH. Bahagian preparation pula.
Aku rasa aku banyak buat last minute preparation. Exclude for katering. Tu paling awal sekali sebab masa tu ada promotion katanya. So gigih lock date dah bayar segala. Tiba hari bahagia, awal2 semuanya indah, batch yg ke berapa entah, dapat nasi mentah. and not to forget, DEWAN TAKDE AIR. Ini bukan nak carutkan mana2 pihak. cuma meluahkan apa yg terjadi.. Next time please be sure all prepared. Kesian kat keluarga pengantin nak menanggung malu. Dengan kena beli pinggan cawan polystyrene nye.
Bab goodies, pergi lantak. Aku rasa aku tak lebihkan makanan instead of goodies. Entahlah caca marba goodies2 aku. Dengan membeli 4 tin besar, tapi still tak cukup, kena tambah bagai. Sekali ada balance berkotak2 kat rumah . Siapa yg suka biskut macam tu, PM ME. hahaha.
Hantaran? Memang seminggu sebelum, and minggu nak nikah tu baru aku settle kan. dengan bantuan dari kakak2 and hakaks and not to forget, hiasan pengakhiran oleh Mek Qin. Slumber last minute letak reben, bunga segala. Konsepnya, aku yg pilih. Sebab aku suka warna gitu. Tak banyak warna. Tak cantik di mata orang, asalkan cantik and puas hati di mata dan hati aku sendiri. Eh pegey lah! haha.
Sebenarnya aku banyak juga terpengaruh dengan blog2 yg menyediakan segala bagai checklist untuk wedding. Ada yg aku ikut, ada yg tak. Bagus juga sebenarnya checklist macam tu atleast orang jenis macam aku yg tak berapa alert, yg kadang kerja last minute and so on nie. So my suggestion, go and search about your wedding checklist! :)
Wedding yg diimpikan tidaklah se gah mana. Cuma aku nie jenis fefeeling princess. (mungkin terbawa2 nama Putri kihkih) so kalau boleh nak tema ala2 fairytale.. ada fairygod motherfishcaker waklu. tu berangan lebih. tak helokk. Aku rasa aku tak sempat nak berangan sangat nak wedding macam mana, cuma aku tahu konsep and tema yg aku nak kan.. Sebab tulah baju acah sekembang bunga di taman. Sebab tulah design pelamin ajet ajet. tapi pelamin tu ehem kite yg pilihkan. Sebab tulah untuk walkway tu ada bebunga segala. Sebab tulah warna tema cenggitu. hiks. Sesungguhnya husband faham. Oh ada husband dah sekarang. Moga yg membaca tak annoyed. KAHKAH
KENAPA PILIH BULAN 8? TAK LAMA SANGAT KE BERTUNANG TU?
iols selalu sangat dah dapat soalan nie. I dont think I have to answer all questions. sebab yg hadapnya tu gwe ya. lagi mikirin apa sih? hiks. Takdela, plannya memang cenggitu. and why AUGUST? Sebab, august merupakan bulan paling sweet untuk kitorang. Birthday me and my husband, anniversary bercinta (kateko) n Nikah. Alhamdulillah.. :)
IJAB & KABUL
Alhamdulillah sekali lagi syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mempertemukan kami since 2011. Untuk tetamu yg hadir masa nikah tu, terima kasih daun keladi. Terima kasih untuk keluarga yg bertungkus lumus. Terima kasih untuk rombongan lelaki yg datang. Terima kasih tok kadi yg ingat tarikh nikah aku. dan sebut perkataan SAH cepat2. hahaha. Terima kasih husband yang lancar menyebut nama aku yg panjang berjela nie.. hehe.
Sesungguhnya aku sejenis manusia yg tak reti nak berbahasa puitis. Main redah je apa nak taip. Makanya takat nie saja cerita aku. Doakan kebahagiaan Kami Dunia & Akhirat. #tilljannah
P/s: Please refer to below picture.. tak dapat nak share banyak sebab akan ada next entry yg penuh dengan gambar~ Demi taknak mengecilkan hati sesape, I bubuh gambar pengantin je dulu okay~
Hasil gambar masa nikah yg superb cantik ini dari @thearfitphoto by @rauffitri |
Pelamin yg dipilih oleh husband :) |
No comments:
Post a Comment